📍 Based di Ayer Itam, Penang • Penang, Kedah, Perlis & SemenanjungWhatsApp setiap hari • Direct call jika urgent
Umum

Macam Mana Nak Pilih Variant Perodua Tanpa Terlebih Bayar?

Cara praktikal pilih variant ikut feature yang anda akan guna, bajet bulanan dan tempoh pemilikan.

Tujuan artikel ni bukan nak “menang” semua comparison. Tujuan dia supaya anda tahu apa trade-off yang anda bayar sebelum sign loan 5-9 tahun.

Bukan semua orang perlu top spec

Bila tengok brochure, memang mudah rasa semua feature “kena ada”. Tapi kereta biasanya kita bayar 5-9 tahun. Bezakan feature yang anda guna setiap hari dengan feature yang cuma nampak menarik masa survey.

Mulakan dengan tiga soalan

Berapa bajet bulanan yang selesa? Berapa downpayment yang anda rela keluarkan tanpa mengganggu emergency fund? Dan kereta ini akan digunakan untuk bandar, highway, family atau kerja?

Safety jangan dinilai pada nama variant sahaja

Tengok airbags, VSC, ASA, blind spot, reverse camera dan driver-assist satu per satu. Ada model yang lower variant sudah kuat pada safety asas; ada pula feature tertentu hanya muncul pada AV.

Jangan paksa loan semata-mata nak spec tinggi

Kalau beza RM80-RM150 sebulan mengganggu cash flow, ambil variant yang lebih rendah boleh jadi keputusan lebih sihat. Kereta sepatutnya mudahkan hidup, bukan buat setiap hujung bulan rasa sempit.

Nak bincang ikut situasi anda?

Beritahu Rahman bajet, DP dan cara anda guna kereta - kita shortlist variant yang masuk akal.

WhatsApp Rahman